-->

Polis Kuching Nafi Wujud Pemburu Organ

Eiii dulu awal 80-an di Kuching kecoh dengan "PENYAMUN" sebab kononnya mereka ini menculik budak-budak dan memenggal kepala mereka untuk pembinaan jambatan.  Dipercayai jambatan yang dibuat dengan kepala budak-budak ni akan utuh.  Apa, simen tak cukup ke?  Macam-macam lah dunia ni.  Ha, ni satu lagi SMS beredar di Kuching dipetik dari  mStar Online.

KUCHING: Polis hari ini meminta orang ramai agar tidak panik dengan berita yang disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook bahawa ada "pemburu organ" di bandar raya ini.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, ia adalah berita palsu kerana sehingga kini polis tidak menerima laporan daripada "mangsa" kepada "pemburu" tersebut yang dikatakan mencuri buah pinggang dan hati.
"Ini hanya khabar angin. Jangan panik bila terima SMS sebegini. Siasat dulu sama ada benar atau tidak," katanya ketika dihubungi.
Mun juga menggesa pihak berkenaan menghentikan penyebaran maklumat yang boleh mencetuskan panik dan ketakutan pada kalangan masyarakat.
Berita itu yang dikesan disebarkan petang ini antara lain menggesa orang ramai agar berhati-hati apabila dihampiri orang tidak dikenali meminta mereka menghidu sesuatu kerana mereka mungkin menjadi mangsa kepada "pemburu organ" yang kononnya datang dari China.
"Pemburu organ" itu dikatakan mencuri buah pinggang dan hati untuk dijual. - BERNAMA

.......................... tapi tak bermakna kita ignore kan aje kan?  Pokoknya harus hati-hati donk.  Awasi anak -anak kita di mana jua mereka berada.


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!
Well done! you have successfully gained access to Decrypted Link.
Tomorrow's top smartphone? That'll probably be a 5G phone, like the Galaxy S10 5G, and then, eventually, a foldable phone with 5G, starting with the Huawei Mate X and Samsung Galaxy Fold. But foldable phones are unproven and 5G in the US isn't in enough cities around the country to recommend. Our list will remain practical.

Our pick for best phone isn't just crowning the newest iPhone and calling it a day, though our list does have a lot of familiar names: Apple, Samsung, Google, Xiaomi, Oppo, Vivo and LG, all in the top 15. Newer companies in the US like Huawei and OnePlus make the list, too, though their limited availability is noted.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel